Friday, 8 April 2011

Haji..Haji..Haji..

Entri ku kali ni pasal g haji pulak...


Assalamualaikum..

Entri aku kali ni pasal menunai kan haji.
Melakukan ibadah haji bermakna menunaikan rukun Islam yang terakhir setelah seorang muslim mengerjakan seluruh ibadah-ibadah lainnya, seperti solat, zakat . Ibadah haji mempunyai rukun syarat-syaratnya yang tersendiri. Jika rukun dan syaratnya dipenuhi maka hukum melakukannya adalah wajib, begitulah sebaliknya. Diantara syarat-syaratnya ialah Islam, Baligh, berakal, merdeka, mampu dan aman dalam perjalanan pergi dan balik. Ibadah haji wajib dilakukan sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan, sihat akal dan tubuh badan, mampu dari segi kewangan pergi dan balik, serta aman dalam perjalanan sehingga sampai ke tempat yang dituju dan balik dalam keadaan serba sempurna.

Gambar kat muzium 2 masjid ditanah suci, mekah & madinah

Yang sebenar nya aku sendiri pun x plan nak menunaikan haji pada usia muda nih.. tu lah orang kata.. dah sampai seru.. bila2 masa saja Allah SWT nak kita jadi tetamu Dia,maka jadi lah. Mak aku dah menunaikan haji masa umur aku 16 tahun. so bila abah dah pencen, mak tanya bila nak tunaikan haji..pastu dia pandang muka aku sekali.. n tanya "kak na x nak g haji ke?"..aku terkedu dan jawap.." mesti ar nak, tapi kak na x cukup duit..". then mak aku kata " mak belanja".. :) Alhamdulillah...


mak & abah tersayang

Perjalanan untuk g haji ni penuh ngan dugaan n cabaran.Aku terima tu sebagai dugaan dr Allah SWT. Bermula pada awal tahun 2006, aku ngan mak abah g mendaftar sebagai calon jemaah haji di pejabat tabung haji Temerloh. start kursus bersiri pada tahun tu dan aku amik lagi 2 tahun. Aku try explain kat bos yg aku nak g haji n terus dapat bantahan...biasa lah.. bos cina.. x faham.. aku cuba explain lagi n dia kata x blh juga.. mau je aku saman time tuh..hehehe..

Allah SWT bagi aku jalan bila tetiba je bos aku berhenti keja.. :) n peluang sudah tiba bila aku dapat bos dari India mari dtg replace tempat dia. Aku kata aku mmg nak g juga...

Akhir nya pada awal 2008.. aku dapat surat tawaran untuk g menunaikan haji 2008/2009.. Alhamdulillah.. Syukur ...

Bermula lah perjalanan kami ke tanah suci

Ok lah..hari pun dah larut malam.. Insya Allah aku sambung lagi...

Ma as salamah ilal liqa'

1 comment: